Publish : Fri, 21/Oct/16 11:03:55 AM |
Views : 6947 |
Didakwa sering memukul dan menumbuk bekas suami kerana sifat cemburu melampau, Elly Mazlein yang seakan malas melayan sikap bekas suaminya, Azmi Hatta redha dengan tuduhan yang dilemparkan. Azmi sebelum ini membuat sidang media mendedahkan sikap Elly dalam akaun bersumpah termasuk mengatakan Elly sering melakukan kekerasan sepanjang perkahwinan.
“Sekarang ini yang jahat semua saya, yang tendang terajang, yang busuk semua saya. Tidak apalah saya terima sahaja apa yang dia tuduh kepada saya itu. Saya tahu tentang akuan sumpah ‘istikharah cinta’ setebal 20 helai itu yang boleh dijadikan skrip drama. Biarlah apa dia mahu kata, dia sahaja yang baik dan mulia dalam dunia ini”
“Demi keluarga dan permintaan pengikut saya, saya juga tidak akan muat naik apa-apa kisah berkaitan pasangan tersebut lagi,” katanya kepada m Star Online berhubung dengan tindakannya yang sering menyindir bekas suami dulu di Instagram.
Pendedahan itu dibuat dalam akaun bersumpah yang menyenaraikan 45 perkara berkaitan perihal rumah tangga yang dibina mereka sejak berkahwin pada 2014. Dalam pendedahan itu juga, Elly didakwa bersikap terlalu cemburu terhadapnya sehingga menjadikan beberapa pelakon wanita yang terlibat dalam drama di bawah arahannya sebelum ini sebagai mangsa keadaan.
Terdahulu pada Selasa lalu, Azmi telah mengadakan sebuah sidang media di Taman Tasik Titiwangsa bagi menjelaskan beberapa isu berbangkit mengenai kisah perceraiannya dengan Elly Mazlein yang turut dikaitkan dengan orang ketiga. Selain itu, beliau turut menafikan hubungan cinta yang terjalin bersama Faye Kusairi sebagai punca penceraian mereka.