Publish : Thu, 13/Oct/16 04:53:35 PM |
Views : 4606 |
Pernah didakwa sering mengelak dengan pelakon, Izreen Azminda ketika menghadiri majlis-majlis hiburan, Amyra Rosli menafikan perkara tersebut dan memberitahu bahawa dirinya tidak mempunyai masalah dengan pelakon itu. Enggan memberikan komen lanjut, Amyra menganggap dakwaan itu terjadi mungkin kerana statusnya sebagai tunang Amar Baharin.
“Saya tiada masalah dengan sesiapa dan saya juga tidak ada apa yang hendak dibualkan dengan dirinya. Saya tak tahu apa yang orang cakap mahupun dia sendiri katakan kerana saya tidak pernah ada apa-apa masalah dengannya. Kalau itu yang dia kata, terpulanglah”
“Saya enggan memberikan sebarang komen. Saya tidak ada masalah dengan sesiapa dan sentiasa mendoakan kebahagiaan orang lain. Saya tidak mahu cakap banyak mengenai perkara ini kerana tidak mendatangkan faedah pun kepada sesiapa,” katanya kepada Berita Harian Online.
Sebelum ini Izreen pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Amyra dilihat sering mengelak setiap kali terserempak dengannya di majlis hiburan. Bagaimanapun, Amyra memilih untuk berdiam diri dan tidak terlalu memikirkan dakwaan remeh berkenaan kerana tidak mahu kenyataan yang dikeluarkannya boleh menimbulkan spekulasi hingga menjejaskan kerjayanya.
Suatu ketika dulu, Amar dan Izreen pernah dikatakan menjalin hubungan istimewa bersama. Namun setelah masing-masing membawa haluan sendiri, Izreen menegaskan beliau akan menolak tawaran berlakon jika pelakon lelakinya adalah Amar. Malah katanya, beliau lebih selesa jika tidak perlu berdepan dengan lelaki yang pernah memberi kesan kepada dirinya.