Publish : Sun, 06/Sep/15 02:46:46 AM |
Views : 6569 |
Sejak tahun lepas lagi, pelbagai cerita mengenai pasangan Keith Foo dan Kim Raymond kami dengar ada yang mengatakan mereka sudah bertunang meskipun Keith pada awalnya menafikan perkara tersebut.
Sudah tidak lama mendengar sebarang perkembangan terkini mengenai mereka, Kim menerusi majalah EH! mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan bahawa beliau dan Keith sebenarnya sudah mendirikan rumah tangga semenjak tahun lalu.
Ya, kami sudah kahwin. Tetapi tiada majlis. Kami hanya daftarkan perkahwinan sahaja, semuanya dilakukan tahun lalu.
Perkahwinan Kim dan Keith bakal diraikan pada penghujung tahun ini di kampung halaman aktor tersebut di Gemas, Negeri Sembilan.
Mungkin Keith Foo dan Kim Raymond mempunyai alasan mereka tersendiri untuk tidak mengumumkan perkahwinan mereka kepada umum. Apa-apapun tahniah diucapkan kepada anda berdua dan semoga kekal sehingga ke akhir hayat.