Publish : Thu, 07/Sep/17 12:09:53 PM |
Views : 15645 |
Setiap pelakon pastinya mempunyai penanda aras tersendiri dalam kerjaya mereka dan bagi Zul Ariffin, lakonannya dalam filem Tombiruo: Penunggu Rimba ternyata membuatkan dirinya puas. Lebih mencabar lagi, dalam filem tersebut, dia tidak berbaju dan tidak dapat menunjukkan reaksi wajah.
“Bukan mudah sebenarnya hendak ‘jual’ badan dalam menghidupkan watak Ejim tambahan pula saya tak dapat menunjukkan reaksi wajah kerana memakai topeng. Ia satu cabaran besar buat saya sebagai pelakon dan ia melangkaui daripada hanya mahu menayang badan semata-mata”
“Tetapi saya puas kerana ia satu perkara baharu yang dapat saya lakukan sebagai pelakon,” katanya kepada mStar Online. Selain itu, Zul juga turut merasa kesal kerana kebanyakan aksi lagak ngeri tidak dapat dilakukannya sendiri.
Ini semua gara-gara dia terlibat dengan kecederaan ketika menjayakan babak di dalam filem tersebut dan kecederaan tersebut memaksa dia berehat selama 8 bulan.
“Watak saya banyak melibatkan babak pertarungan tetapi mungkin kerana terlalu teruja saya cedera. Ralat juga kerana seboleh-bolehnya saya ingin lakukan sendiri aksi lagak ngeri tetapi atas nasihat doktor saya terpaksa melupakan hasrat itu.
“Akibat kejadian itu juga saya terpaksa berehat selama lapan bulan dan melakukan fisioterapi bagi memastikan kecederaan itu benar-benar pulih,” kongsinya lagi. - Rotikaya