Publish : Fri, 18/Sep/15 11:46:35 AM |
Views : 4901 |
Ziana Zain merupakan antara barisan artis yang terlebih dahulu makan garam daripada artis baru ketika ini. Menurut Ziana, kebanyakan selebriti ketika ini terlalu terbuka tentang kehidupan seharian malah dalam masa yang sama perasan cantik tapi sebenarnya tidak.
“Dalam pemerhatian dan pengamatan saya memang ada artis baharu contohnya yang feelingcantik tetapi sebenarnya bila ambil gambar, hasilnya sebaliknya. Seperti saya katakan, dalam berpakaian ini kena ada ‘try and error’. Sesekali kita kena jual mahal”
“Kita berikan sedikit sahaja contohnya kemunculan di tempat awam, baru akan beri impak atau mereka tertunggu-tunggu. Sebab itu juga saya tak berkongsi semua perkara di laman Instagram termasuk mengenai keluarga. Sesekali sahaja saya muat naik gambar. Bak orang putih kata,once in a blue moon,” jelas Ziana kepada BH Online.
Tidak terlalu berkongsi tentang kehidupan seharian dan juga privsi keluarga, Ziana juga menambah, dia banyak mengambil contoh berfesyen melalui majalah fesyen yang dibelinya setiap bulan.