Publish : Fri, 02/Dec/16 11:50:34 PM |
Views : 3762 |
Nama yang sering dikaitkan dengan kontroversi, Tasha Shilla kini dilihat semakin memperlahankan pergerakannya dalam dunia seni selepas kecewa dalam percintaan bersama bekas kekasih, Hans Wong. Namun kekecewaan itu nampaknya sedikit sebanyak memberikan pengajaran buat dirinya, malah Tasha juga mengakui beliau kini semakin bahagia tanpa cinta lelaki di sisinya.
“Selepas putus cinta, saya banyak belajar untuk lebih menyayangi diri sendiri terlebih dahulu sebelum menyayangi orang lain. Prinsip itu yang saya amalkan sekarang dan ia membuatkan saya gembira. Kalau khalayak mahu labelkan saya sebagai artis kontroversi atau bermasalah, itu terpulang kepada orang. Saya tidak mempunyai kuasa untuk tutup mulut mereka.
“Bagaimanapun, dalam usia yang semakin meningkat, saya sudah malas untuk hidup atas nama kontroversi. Saya sudah penat. Sebelum ini, saya terlalu hanyut dengan janji lelaki sehinggakan memberi kesan kepada diri sendiri. Sekarang saya semakin bahagia dan berat badan juga semakin naik. Kalau ada cinta, adalah. Kalau tiada, tidak mengapa,” katanya kepada Kosmo Online.
Sudah serik untuk bercinta lagi, Tasha lebih selesa memberikan perhatiannya kepada kerjaya berbanding hubungan cinta. Tidak dinafikan dirinya dulu pernah terhegeh-hegeh mencari cinta sehingga mengabaikan diri sendiri, namun kini Tasha lebih matang mengendali kontroversi yang melanda walaupun dirinya merasa menyesal dengan apa yang berlaku sebelum ini. - Rotikaya