Publish : Mon, 16/May/16 09:55:41 AM |
Views : 3700 |
Setiap kali dihimpit dengan pelbagai kontroversi atau kecaman peminat pasti sahaja kelihatanFizo Omar yang akan berada dibarisan hadapan mempertahankan perniagaan isterinya, Mawar. Walaupun banyak pihak yang mempersoalkan tindakannya itu, bagi Fizo ianya adalah tanggungjawab beliau sebagai seorang suami.
“Saya tahu ada yang melontarkan kritikan mengapa saya berlebihan dalam menangani isu Fareeda. Mereka persoal mengapa tidak isteri atau ibu mertua saya ke hadapan dalam menjawab segala kontroversi. Sebagai suami pastinya sudah menjadi tanggungjawab saya untuk mempertahankan isteri saya”
“Selain soal perniagaan, ini juga lebih kepada soal maruah dan harga diri. Tak mungkin saya mahu membiarkan isteri saya menghadapinya sendirian. Dalam setiap kontroversi yang berlaku, saya ambil perkara berkenaan dari sudut positif, benar orang teruk “membelasah” bila timbul sebarang isu,” katanya kepada Utusan Online.
Bagaimanapun, sebagai Pengurus Pemasaran untuk jenama Fareeda, Fizo menganggap setiap kali tercetusnya kontroversi didalam perniagaannya itu pasti ada hikmahnya. Malah katanya, jenama tudung itu kini semakin dikenali orang ramai sehingga pembeli baru Fareeda meningkat sejak pelbagai kontroversi berlaku. (rkty/w)