Publish : Fri, 01/Apr/16 04:51:01 PM |
Views : 5948 |
Setelah sekian lama memendam perasaan, penyanyi Siti Sarah akhirnya meluahkan rasa terkilannya di Instagram terhadap sesetengah individu yang gemar menghabiskan masa mengutuk dan menghina sesuatu yang dianggap buruk dipandangan mata mereka.
“Pada awal tadika ada budak panggil saya, hidung awak macam babi, saya marah dan pangil die nenek kebayan, lalu budak tu marah dan menangis sebab saya panggil die nenek kebayan. Biasa la budak-budak, masuk sekolah rendah sama jugak”
“Tapi dah biasa, masuk sekolah menengah hampir setiap hari kene ejek hidung hidung hidung, sampai kadang-kadang mengelak nak naik bas, tunggu dah tak ramai baru naik bas,” luah penyanyi tersebut menerusi akaun laman Instagram miliknya itu.
Walaupun tidak pernah bercerita panjang mengenainya, namun Siti Sarah tetap positif menghadapi perkara ini dengan menganggap kehidupan yang dikecapi kini sangat membahagiakan, apatah lagi dianugerahkan tiga orang anak dan suami yang tercinta.
Malah, rata-rata pengikutnya di Instagram menyokong penyanyi itu dengan memberikan kata-kata semangat untuknya terus melalui kehidupan dengan rasa syukur dengan kebolehan diri. Malah ada juga yang berang dengan perbuatan mereka yang terlalu hebat menghukum keburukan orang lain.
Apa- apa pun, perkara ini tidak sepatutnya berlaku didalam budaya masyarakat kita, dan lebih menyedihkan, individu yang meninggalkan komen tersebut bagai merasakan diri terlalu sempurna. Semoga Siti Sarah terus tabah dan kuat menghadapi dugaan yang diberikan.