Publish : Mon, 02/May/16 10:54:55 AM |
Views : 4608 |
Gara-gara bentuk badannya yang susut secara drastik, ramai peminat yang prihatin mula mempertikaikan mengapa pelakon serba boleh ini terlihat sedemikian. Bagi Shaheizy Sam, dia terpaksa menurunkan berat badannya kerana terlibat dalam penggambaran filem.
Sam khabarnya kini sudah menurunkan berat sehingga 8 kilogram sejak beberapa minggu lalu dan dalam masa yang sama turut memuatnaik gambar di Instagram menjelaskan lagi raut wajahnya yang kini sudah pun cengkung.
“Saya turun 8 kg untuk watak Naufal ini,” katanya kepada BH Online. Menurut Sam, tujuan beliau memuat naik gambar itu bagi menjelaskan persoalan ramai mengenai berat badan dan bentuk fizikalnya sekarang. Ramai yang bertanyakan saya soalan yang lebih kurang sama kebelakangan ini, seperti apakah saya sedang sakit dan kenapa saya terlalu kurus?”
“Tidak kurang juga yang beri kenyataan memohon saya jangan kurus sangat nanti tidak lagi kacak. Sebenarnya, apa yang saya buat ini demi tuntutan watak dan kerja. Alhamdulillah, saya masih sihat”
“Untuk menjadi pelakon, kita tidak boleh sentiasa sentiasa menjadi kacak, macho atau comel. Watak yang dibawa selalunya mempengaruhi gaya kehidupan seseorang pelakon. Apapun, terima kasih kerana mengambil berat. Saya sayang kamu semua,” katanya yang dipetik dari BH Online.