Publish : Fri, 19/Aug/16 09:54:33 AM |
Views : 4078 |
Rasanya suatu ketika dahulu pernah mendengar perselisihan faham diantara Nur Fazura danFasha Sandha yang bermasam muka. Namun baru-baru ini dilihat sekeping gambar mesra diantara mereka dimuat naik, sekaligus mengundang pelbagai reaksi dikalangan peminat. Ada antaranya mempersoalkan persahabatan yang terjalin diantara mereka berikutan kontroversi dulu.
“Saya dan Fasha sudah lama berkawan, cerita kami bergaduh yang diungkit itu pun saya sudah dengar sejak berbelas tahun dulu. Kami tidak pernah ada masalah dan kerap juga keluar bersama. Dia banyak menyokong saya dan baru-baru ini, dia turut membeli koleksi baju raya saya,” katanya kepada Berita Harian Online menjelaskan dakwaan mengatakan mereka bermusuhan.
Dalam pada itu, Berita Harian Online turut menghubungi Fasha Sandha bagi mendapatkan penjelasan mengenai kritikan orang ramai yang mempertikaikan persahabatan mereka berdua, beliau juga turut bersependapat dengan rakannya itu. Tegasnya, mereka berdua tidak pernah mempunyai masalah, seterusnya menafikan segala dakwaan mengaitkan mereka berdua.
Sementara itu, Fasha memberitahu bahawa perkenalan beliau bersama Fazura sejak 12 tahun lalu membuatkan mereka sebenarnya sering sahaja bertemu dan berkongsi pandangan sebagai sahabat didalam industri seni. Jadi tambahnya lagi, semua dakwaan yang tersebar sebelum ini adalah tidak benar dan berharap orang ramai tidak beranggapan sedemikian.