Publish : Thu, 10/Sep/15 06:44:40 PM |
Views : 9740 |
Gambar selebriti yang disunting sehingga tampil berbogel bukan lagi perkara baru. Sejak dahulu lagi, sebelum wujudnya perisian seperti Photoshop dan sebagainya, sudah ramai selebriti yang menjadi mangsa.
Terbaru, mangsanya adalah selebriti jelita, Rozita Che Wan atau Che Ta. Menurut Che Ta yang memberikan kenyataan menerusi portal BH Online, dia menerima gambar tersebut daripada kakaknya.
"Kakak saya telah menghantar gambar separuh bogel itu kepada saya minggu lalu. Namun saya sama sekali tidak terkejut dengan gosip sebegini kerana segala-galanya tidak mustahil di zaman teknologi sekarang.
"Saya bukan muda lagi untuk melakukan perbuatan sedemikian, malah saya juga sibuk bekerja, tiada masa untuk berbuat begitu. Saya tidak terkesan dengan penyebaran gambar itu kerana saya tahu itu bukannya diri saya," katanya kepada portal hiburan itu.
Tambah Che Ta lagi, dia turut menunjukkan gambar tersebut kepada suaminya, Zain Saidin dan kedua-dua mereka merasakan bahawa apa yang berlaku itu, adalah sesuatu yang lucu kerana ini bukanlah kali pertama hal sebegini berlaku.
Kami sempat mencari gambar asal pelakon itu sebelum disunting dan ternyata, pihak yang tidak bertanggungjawab itu telah menggunakan teknik penindihan untuk menghasilkan gambar yang tidak senonoh itu. - Media Hiburan