Publish : Wed, 30/Nov/16 01:19:59 PM |
Views : 3238 |
Siapa tidak teruja menimang bayi, apatah lagi cahaya mata sulung. Bagi yang mampu bolehlah berbelanja lebih demi keperluan bayi. Bagi isteri kepada Syamsul Yusof, Puteri Sarah pula, mereka sekeluarga yang bakal bercuti ke London pada bulan depan mengambil peluang itu untuk membeli barangan persiapan bayi yang sedang murah sempena perayaan Krismas.
“Hujung tahun ini saya dan keluarga akan bercuti ke London dan Paris. Kebetulan pula negara itu mengadakan murah sempena Krismas dan akhir tahun. Tentu banyak pakaian dan barangan kanak-kanak yang dijual pada harga istimewa. Teruja pula rasanya, maklum saja saya dan suami belum membuat sebarang persiapan kerana merasakan masih terlalu awal”
“Sejak mengandung, selera saya berubah kepada makanan pedas. Saya yakin anak ini nanti mengikut Syamsul yang gemar hidangan pedas. Selain itu, saya kini cepat letih dan mengantuk. Asal ada masa terluang pasti saya tidur,” jelasnya kepada Berita Harian Online mengenai perubahan yang berlaku ke atas dirinya sejak kandungan memasuki trimester.
Sebelum ini Puteri Sarah yang pernah melalui saat pahit dimana beliau telah keguguran, berasa teruja apabila disahkan hamil sekali lagi. Pasangan bahagia ini mengumumkan berita gembira itu pada penghujung bulan September lalu dengan usia kandungan ketika itu sudah pun tiga bulan. Pasti ramai yang tidak sabar ingin melihat wajah comel bayi sulung mereka ini.