Publish : Mon, 28/Mar/16 02:09:55 PM |
Views : 5159 |
Pasangan yang pernah bernikah secara berpoligami di Songkhla, Thailand pada 3 Disember tahun lalu, Adira Suhaimi dan suami, Datuk Seri Adenan Abu kini telah diisytiharkan sah oleh mahkamah.
Menerusi Berita Harian, Mahkamah Tinggi Syariah hari ini telah mengesahkan pernikahan mereka selepas Hakim Syarie Muhammad Abdul Karim Wahab meneliti dan berpuas hati dengan semua keterangan, hujahan bertulis serta bukti pernikahan yang dikemukakan pasangan itu.
Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan pasangan itu mendaftar pernikahan mereka di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bagi mengesahkan status mereka.
Sebelum itu, Adira dan suami yang diwakili peguam Syarie Irsamuddin Ikhsan telah menfailkan permohonan pengesahan nikah secara berpoligami di luar negara di Mahkamah Tinggi Syariah pada 8 Januari lalu.