Publish : Tue, 04/Oct/16 12:30:37 AM |
Views : 3698 |
Bakal menimang cahaya mata buat kali kedua tidak lama lagi, tidak menghalang peminat Alif Satar untuk terus fanatik terhadap personalitinya. Menurut beliau, dirinya bukan sahaja pernahdigoda peminat ketika belum berkahwin, malah dugaan itu lebih hebat apabila beliau sedah berkahwin, hinggakan ada peminat yang sanggup menawarkan diri menjadi isterinya yang kedua.
“Sebelum berkahwin, ada peminat kacau-kacau tetapi selepas berkahwin, tak sangka pula lebih banyak. Saya rasa kalau ujian hebat ini berlaku ketika saya masih bujang, besar kemungkinan saya menjadi liar. Banyak komen yang sayang baca antaranya ‘untungnya kalau dapat jadi isteri kedua Alif’ dan sebagainya. Kadang kala saya dan isteri tergelak membacanya”
“Bagaimanapun, saya tiada niat pun untuk berkahwin lagi. Shadila bukan suka cemburu. Walaupun lakonan saya dalam DSH ada babak romantik bertentang mata dan sebagainya, namun dia tidak ada rasa apapun. Ini kerana dia tahu bahawa ia hanyalah sebahagian daripada permainan dunia lakonan,” katanya kepada Berita Harian Plus berhubung dengan reaksi peminatnya.
Namun baginya, selain bersyukur kerana mempunyai isteri yang begitu memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon dan pengacara, Alif merasakan ada sebab yang tersendiri Allah turunkan dugaan ini ketika beliau sudah berkeluarga. Bagaimanapun katanya, dugaan ini membuatkan dirinya bersikap lebih matang dan tenang ketika menghadapinya. - Rotikaya