Publish : Thu, 10/Sep/15 11:25:31 AM |
Views : 4875 |
Jodoh bersama jejaka Palestin membuatkan Ramona menyimpan hasrat untuk menjejakkan ke negara tersebut. Namun begitu, pergolakan yang berlaku di sana sering kali membantutkan niatnya selain daripada peraturan ketat yang melarang rakyatnya untuk kembali sesudah melangkah keluar dari negara berkenaan.
"Sudah pasti saya teringin untuk menjejakkan kaki ke negara kelahiran suami. Suami sering kali menunjukkan gambar dan video mengenai negaranya. Palestin adalah sebuah negara yang sangat cantik.
"Pun begitu sukar untuk kami ke negara berkenaan kerana warga Palestin yang sudah keluar dari negara berkenaan tidak boleh lagi kembali ke tanah kelahirannya.
"Ini adalah salah satu cara Israel mengusir rakyat Palestin daripada negara mereka sendiri. Insya-Allah, jika berkesempatan satu hari nanti , saya memang teringin untuk ke sana," ujarnya pelakon drama bersiri 'Plan Cinta Tak Jadi' itu lagi.
Selain daripada itu, Ramona juga turut berkongsi kisah mengenai kehidupannya selepas bergelar isteri dan banyak lagi. Ikuti kisah terbaru dan menarik pelakon jelita ini menerusi keluaran terbaru Media Hiburan.