Publish : Fri, 22/Jan/16 11:25:49 AM |
Views : 5785 |
SEBELUM ini memang ada desas-desus menyatakan aktor kacak Nazim Othman dan Bella Delly hangat bercinta. Namun, masing-masing tidak pernah mengulas lanjut mengenai status hubungan yang terjalin itu.
Tup-tup menerusi laporan terbaharu program Hlive!, pasangan ini dikatakan telah mengikat tali pertunangan baru-baru ini di Kota Kinabalu, Sabah.
Bagi menjawab tanda tanya peminatnya, Nazim menerusi akaun Instagram peribadinya mengesahkan khabar berita tersebut.
Menurut Nazim, keluarganya telah bertemu dengan ibu bapa Bella dan mereka telah mengikat tali pertunangan pada 14 November tahun lalu.
Jelasnya lagi, dia telah melamar Bella ketika mereka sama-sama menjalani penggambaran drama Aku Balqis di Langkawi, Kedah.
“Pada tanggal 14 November 2015, ketika saya berada di Korea Selatan untuk penggambaran sebuah drama, keluarga saya menemui keluarga Bella di Kota Kinabalu dan bermula hari itu dia adalah tunangan saya,” tulisnya.
Dalam pada itu, Nazim turut memberitahu yang mereka akan mengumumkan tarikh pernikahan selepas segala persiapan perkahwinan mereka selesai.
Tahniah kami ucapkan dan semoga segala persiapan majlis mereka dipermudahkan.