Publish : Fri, 18/Dec/15 07:17:34 PM |
Views : 4508 |
Tahniah diucapkan kepada Nad Zainal dan dan juga pilihan hatinya, Muhammad Faliq kerana telah selamat bergelar suami isteri. Majlis pernikahan tersebut telah diadakan di Rooftop Hotel Bukit Jelutong, Shah Alam dan dihadiri oleh saudara dan rakan terdekat.
Pengantin perempuan menerima mas kahwin bernilai RM 350 dan majlis ini telah diadakan secara tertutup di mana hanya melibatkan ahli keluarga sahaja di Bukit Jelutong.
Manakala majlis persandingan juga diadakan di lokasi yang sama, pada sebelah malam The Roof Garden Hotel, Bukit Jelutong, yang mana dihadiri teman rapat, sanak saudara dan rakan media.
“Majlis nikah memang untuk keluarga dan teman terdekat sahaja yang akan hadir sementara majlis sanding pula bagi pihak media yang diundang dan mahu membuat liputan, gambar akan disediakan. Majlis kahwin saya ini memang tak ada protokol”
“Hanya mahu meraikan tetamu yang hadir dan mengharapkan ia akan terpahat sebagai memori indah itu sudah cukup memadai,” memetik kata-kata Nad sebelum ini kepada Berita Harian.
Apa pun, tahniah diucapkan kepada Nad Zainal dan juga suami, Semoga perhubungan yang dibina akan kekal bahagia dan sentiasa dilimpahi rezeki tidak henti-henti.