Publish : Fri, 17/Jun/16 10:24:03 AM |
Views : 3853 |
Walaupun hampir 6 bulan sudah berkahwin, pelakon Nabila Huda memberitahu dia dan suaminya masih belum berkesempatan untuk berbulan madu. Pun begitu, dia telah merancang untuk berbulan madu pada bulan Oktober ini dan memilih Amerika Selatan sebagai destinasi.
“Saya berhajat nak ke sana pada bulan Oktober ini lebih kurang sebulan atau dua bulan di sana. Negara-negara yang akan saya lawati seperti Chile, Argentina, Paraguay, Costa Rica, Brazil, Columbia, Panama, Peru serta beberapa lagi tempat yang lain,” katanya yang kini sudah membuat sedikit kajian tempat yang akan dilawati.
Nabila turut menjelaskan bahawa kekangan masa selepas selesai sahaja majlis perkahwinannya membuatkannya untuk memilih bulan Oktober ini sebagai bulan yang sesuai untuk berbulan madu bersama suami. Jelasnya lagi, percutian ini adalah percutian bajet yang telah dirangka awal olehnya sendiri.
“Untuk bercuti saya kena kerja dan kumpul duit dulu, selepas itu kita rancang tempat mana yang kita mahu lawati,” katanya ringkas. Selain itu, pelakon penuh bakat ini juga menagkui teruja untuk meraikan Aidilfitri bersama suami tercinta.