Publish : Sun, 14/Aug/16 10:47:10 PM |
Views : 7072 |
Nampaknya kisah putus cinta di antara Sherry Ibrahim dan juga Fattah Amin tidak berkesudahan apabila ada pihak yang menyampaikan kepada ruangan Cik Pang di Harian Metrobahawa keakraban di antara Mira Filzah dan juga Fatah menjadi punca.
Malah menurut dakwaan dalam kolum tersebut itu juga, Fattah sebenarnya sudah lama mahu memutuskan hubungan dengan Sherry kerana tidak tahan dengan sikap dramatis itu yang didakwa kuat cemburu dan terlalu mengongkong.
Kemudian, Fattah pula kini membuka syarikat pengurusan artis, Myfastyle Creative Sdn Bhd, menarik Mira Filzah untuk bernaung di bawah syarikat miliknya.
Apa pun apa yang disampaikan oleh kolum berkenaan hanyalah spekulasi semata-mata. Kami percaya Fattah dan Sherry mempunyai sebab tersendiri memutuskan hubungan mereka dan Mira Filzah juga tidak berniat untuk terlibat di dalam hubungan mereka.