Publish : Thu, 22/Oct/15 12:03:59 PM |
Views : 4516 |
Bakal mendirikan rumah tangga pada 11 November ini, penyanyi Mila Jirin mengakui terdapat kerisauan apabila memikirkan mengenai perubahan status pada dirinya nanti yang bakal bergelar isteri.
“Sejak kecil lagi saya sudah belajar berdikari dan rasanya tidak ada masalah dalam hal-hal menguruskan rumah tangga kerana saya sendiri biasa melakukannya. Apa yang saya risaukan ialah perubahan yang bakal berlaku nanti”
“Seorang isteri lebih mudah mendapat dosa jika tidak mengikut kata suami. Jadi saya perlu betul-betul siap sedia untuk berubah,” jelas penyanyi ini berterus terang kepada portal Mangga Online.
Mila mula rapat dengan bakal suaminya, Isz, sejak tiga tahun lalu dan pasangan ini sama-sama menguruskan tiga perniagaan iaitu Bizmilla Catering, Baju Kurung Mila dan Restoran Embun Urai. Hasil perkongsian perniagaan, mereka sudah pun membeli rumah sendiri.
Malah Mila juga sebelum ini pernah menyatakan bahawa dia menolak mana-mana tajaan kerana tidak mahu timbul perkara yang tidak diingini selepas majlis berlangsung. Apa pun, semoga pasangan ini selamat menjalankan majlis bersama tanpa sebarang halangan.