Publish : Mon, 11/Apr/16 10:25:44 AM |
Views : 6240 |
Nama Hafidz Roshdi sebagai pelakon baru sebelum ini dikecam teruk kerana sikap lewat dan tidak menghormati waktu ketika penggambaran drama mahu pun sesi fotografi.
Menafikan perkara tersebut, Hafidz baru-baru ini melalui BH Online turut berkongsi bahawa tunangnya mengakui cemburu melihatkan kemesraannya bersama Uqasha Senrose.
“Tunang pernah meluahkan perasaan cemburu apabila saya sering memuat naik gambar bersama Uqasha di laman sosial, begitu juga sebaliknya. Mungkin pada permulaan, tunang tidak memahami kerana apa yang kami lakukan itu sekadar mempromosikan drama yang sedang ditayangkan”
“Dalam hal ini, saya perlu bertindak pantas dengan menjelaskan secara terperinci alasan saya berbuat demikian supaya tidak timbul salah faham. Lumrah jika beliau menyimpan perasaan cemburu kerana itu bermakna dirinya menyayangi saya”
“Alhamdulillah kerana tunang saya tidak cepat melatah,” jelasnya. Bagaimanapun Hafidz enggan bercerita lanjut mengenai tunangnya itu yang kini masih lagi meneruskan pengajian di peringkat ijazah.