Publish : Sat, 19/Sep/15 10:52:56 PM |
Views : 5067 |
Dugaan yang mendatang setelah membuat keputusan untuk mengenakan hijab buat Lufya Omar sememangnya cukup besar malah dia mengakui pernah ditawarkan dengan jumlah yang lumayan untuk berlakon – dengan syarat dia perlu membuka tudung.
“Selepas berhijab, ada beberapa produksi yang menawarkan saya berlakon tetapi dengan syarat saya perlu berlakon tanpa tudung dan bayarannya juga lumayan. Tetapi saya anggap perkara ini sekadar ujian Allah yang mahu menguji iman kita”
“Ada juga beberapa dugaan lain sepanjang saya bertudung ini. Alhamdulillah, saya berjaya mengharunginya dan dapat melihat hikmah di sebaliknya. Tawaran lakonan pula tidak pernah putus. Diakui ia tidaklah lumayan, tetapi saya dapat rasa keberkatan wang itu, tidak mudah habis,” jelasnya kepada mStar Online.
Tambah Lufya, apa yang membuatkan dirinya lebih bersemangat dan bermotivasi untuk berubah adalah daripada sokongan orang ramai dan juga peminat yang suka dengan penampilan terbarunya itu. Malah kata Lufya, dia mahu membalas sokonga itu dengan berdakwah menerusi lakonan dengan memilih watak-watak Islamik.