Publish : Mon, 26/Sep/16 03:28:58 PM |
Views : 3850 |
Sering kali menerima persoalan berkaitan teman hidup, pelakon dan juga ibu tunggal Izreen Azminda menjelaskan bahawa dia sebenarnya takut untuk menerima kehadiran lelaki dalam hidupnya. Baginya keutamaan adalah pada kerjaya dan juga anaknya.
“Sekarang saya bahagia kerana tidak lagi dikaitkan dengan mana-mana lelaki. Saya lebih fikirkan soal kerja dan anak. Lelaki sudah ‘mati’ dalam hidup saya. Belum fikir lagi ke arah itu (perkahwinan). Saya takut jika lelaki yang saya terima nanti tidak boleh menjaga anak saya”
“Ada yang mahu mendekati, tetapi belum berjumpa dengan orang yang menepati citarasa. Kalau boleh saya mahu lelaki yang sudah punya kewangan kukuh. Bukanlah seorang yang kaya, cukuplah dia punya pekerjaan sendiri,” jelasnya kepada portal Insta Online.
Selain itu, Izreen dalam masa yang sama turut mendedahkan bahawa bukanlah mudah baginya untuk mewujudkan keserasian di lokasi bersama pelakon lelaki namun tidak menolak untuk bercinta jika sudah dirasakan sesuai baginya.