Publish : Mon, 14/Sep/15 03:07:17 PM |
Views : 6025 |
Umum maklum mengenai penghijrahan Jue Aziz yang kini sudah pun berhijab penuh. Mengakui banyak perkara yang dilaluinya selepas berhijrah, pelakon ini dalam masa yang sama menjelaskan bahawa dirinya merasa lebih dihormati selepas berhijab.
“Alhamdulillah, saya kini lebih tenang dan selamat. Paling penting juga orang sekeliling lebih menghormati penampilan sebegini. Jika sebelum ini pelbagai persepsi negatif dilemparkan, tapi sekarang lebih ke arah positif”
“Saya akui berhijab juga tak lepas daripada pelbagai dugaan. Tipu kalau saya katakan tak ada, tapi semuanya dapat diselesaikan dengan lebih tenang dan lancar. Allah SWT permudahkan jalan itu,” katanya kepada Harian Metro.
Selain itu, Jue juga menceritakan bahawa dia turut membuang baju yang terlalu seksi dan tidak mahu mendermakan baju tersebut kerana bagi Jue, perkara tersebut lebih terarah kepada pertambahan dosa dan mendorong ke arah perkara yang lebih negatif.
Selain memuji perubahan Jue yang semakin menawan selepas berhijab di Instagram, peminat turut mendoakan yang terbaik buat selebriti kesayangan mereka ini. Semoga penghijrahan Jue akan berkekalan dan dalam masa yang sama dapat membantu orang lain untuk sama-sama berhijrah.