Publish : Mon, 14/Sep/15 03:29:13 PM |
Views : 6149 |
PELAKON dan pelawak wanita popular, Jihan Muse menafikan khabar angin mengatakan dia bakal menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.
Menurut pelawak berusia 31 tahun itu, gosip ini bukanlah perkara baharu yang melanda dirinya sepanjang bergelar anak seni.
“Gosip berkenaan tidak benar. Cerita tentang saya hendak berkahwin bukan perkara baharu. Abaikan sahaja kerana ia tidak benar,” katanya memetik laporan mStar.
Jihan dan kekasih yang juga seorang pelakon, Engku Hariz sudah lapan tahun berpacaran namun sehingga kini kedua-duanya lebih selesa membicarakan hal kerjaya daripada hal peribadi masing-masing.