Publish : Tue, 08/Sep/15 03:45:32 AM |
Views : 3866 |
Kes rumah tangga Ezany Nizariff yang bermasalah sudah pun melebihi setahun tetapi sehingga kini perkara tersebut dilihat bagaikan tidak berkesudahan apabila pelakon tersebut tidak habis turun naik mahkamah. Malah isterinya juga dikatakan menghilangkan diri sehingga hari ini.
“Rasanya sejak kes tersebut heboh diperkatakan saya sudah 12 kali turun naik Mahkamah Syariah. Tapi hanya pihak saya sahaja yang hadir tanpa kehadiran pihak di sana (isteri). Tapi sampai bila nak menyorok?”
“Waran tangkap pun sudah dikeluarkan ke atasnya dan lambat-laun dia perlu hadir juga ke mahkamah untuk menyelesaikan masalah kami,” kata Ezany yang mendirikan rumah tangga dengan Lizda Nuriyanti sejak lapan tahun lalu dikurniakan dua cahaya mata, Rayyan Harraz, 4, dan Hayden Harraz, 2.
Menurut Ezany, semuanya bermula apabila Ezany terjumpa bukti kecurangan isterinya dengan lelaki lain pada Julai tahun lalu dan sejak itu isterinya tersebut terus menghilangkan diri. Apa yang menjadi keutamaan baginya kini adalah hak penjagaan anak. - Roti Kaya