Publish : Wed, 07/Oct/15 03:29:01 PM |
Views : 4171 |
Pernah nekad untuk meneruskan penceraian, akhirnya Erma Fatima mengambil keputusan untuk tidak meneruskan hasratnya bercerai dengan suami, Bade Azmi dan mahu memperbaiki kehidupan berumah tangga.
“Saya dan dia (Bade) tak pernah bergaduh selama ini. Apa yang berbangkit hingga nak bercerai sebelum ini tiada kaitan dengan saya dan dia. Ia membabitkan hal orang lain. Malah hingga saya nak minta cerai pun, kami tak pernah bermasalah”
“Malah saya juga nampak kesungguhan suami untuk menyelamatkan rumah tangga ini. Apa yang lebih penting sekarang ini ialah menjaga hubungan kami yang sedia terjalin. Masalah lain yang tak berkaitan dengan saya itu ditolak ketepi”
“Dia sendiri cakap tak perlu ada krisis antara kami kerana tak ada masalah pun. Kami juga memilih untuk memberi peluang kepada diri sendiri dalam memperbaiki kehidupan rumah tangga ini. Dalam hal ini saya sendiri banyak istiqamah dan bermuhasabah diri,” jelas Erma kepada BH Online.
Malah menurut Erma, anak-anak juga menyatakan bahawa mereka tidak mahu dia dan juga Bade berpisah selain tidak mementingkan diri dalam hal tersebut.