Publish : Wed, 09/Sep/15 02:48:37 AM |
Views : 4143 |
KUMPULAN hip hop dua dari Singapura, Sleeq dikhabarkan bakal berkubur tidak lama lagi dan single #1 adalah buah tangan terakhir mereka.
Memetik laporan sebuah akhbar tempatan, salah seorang anggotanya, Alif Abdullah mengesahkan khabar angin itu.
“Benar #1 adalah single terakhir dari Sleeq, malah saya juga akan menukar nama saya kepada Alif sahaja selepas ini. Tiada lagi Sleeq di belakang nama saya,” katanya.
Namun beliau menafikan perkahwinan punca kumpulan itu berpecah.
“Apa yang menyebabkan kami pergi arah bertentangan kini adalah disebabkan komitmen masing-masing. Saya anggap ini perkara biasa, cuma selepas ini tiada lagi Sleeq memandangkan saya akan meneruskan karier nyanyian secara solo manakala Syarif pula akan memberi tumpuan buat perniagaannya di Singapura.
“Namun bab kerana isteri kami bergaduh sampai bubarkan Sleeq memang tidak benar,” katanya.
Alif berkahwin pada September tahun lalu disusuli Syarif dua bulan kemudian.