Publish : Mon, 11/Jul/16 01:14:33 AM |
Views : 4176 |
Tegas dalam melahirkan barisan pelakon yang berkualiti di bawah produksinya, Metrowealth Pictures (MiG), David Teo dalam masa yang sama mahu pelakon jimat berbelanja di samping tidak gilakan populariti semata-mata.
“Kalau tak jadi jutawan, jangan jadi pelakon. Gila glamor buat apa? Kita kena kaya raya. Jangan seperti P Ramlee tinggal pun di tepi Bukit Bintang. Anak dia kena kerja dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Perbelanjaan kenalah dikawal secara berhemat”
“Kita tak boleh masa glamor lupa diri, berlagak dan berjoli tetapi bila dah tua tak ada duit,” jelasnya kepada Malay Mail Online selain memberikan beberapa contoh barisan selebriti yang telah dilahirkan produksi tersebut seperti Lisa Surihani, Farid Kamil, Shaheizy Sam dan juga Yana Samsudin.
Tambah David Teo, pelakon baru di bawah produksi tersebut disarankan berdikari namun bagi yang tiada disiplin, kontrak mereka akan dipendekkan demi menjaga kualiti.